Ahad, 1 Mei 2016

PENGARAH KV LEBUH CATOR IPOH APRIL 2016 - Mac 2017





PN HJH NORAINI BINTI ISHAK
PENGARAH KV LEBUH CATOR IPOH
APRIL 2016 HINGGA Mac 2017



Bismillahirohmanirrohim

Assalamualaikum wbkth.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmatnya, Kolej Vokasional Lebuh Cator Ipoh dapat meneruskan cabarannya.

Saya bagi pihak barisan pentadbir, guru-guru dan para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.
Semoga laman web ini akan dapat merapatkan hubungan sekolah dengan semua pihak yang mementingkan pendidikan,
terutamanya demi bersama-sama mempertingkatkan kemajuan dan kecemerlangan sekolah dalam arus pendidikan
perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkatan kegigihan dan
bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh
keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkatkan ketekunan dalam usaha menimba ilmu,
terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor
yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha
membangunkan laman web ini.

Pengarah
Kolej Vokasional Lebuh Cator Ipoh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan